teori perkembangan kognitif vygotsky pdf

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Pergerakansosialis.com – Menurut Prof. Madya Dr Rohani Bin Abdullah (2003) berdasar buku beliau yang berjudul “Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah”, kognitif merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat. Hal ini bermaksud, ia adalah suatu proses memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan penyelesaian masalah kemahiran mengingat.Kita juga boleh mengukur perkembangan intelek mereka dengan melihat kemampuan mereka untuk menggunakan kemahiran berfikir mereka bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Seperti yang kita sedia maklum, teori perkembangan kognitif dipelopori oleh tokoh yang tidak asing lagi bagi kita semua iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanakkanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

2. 2 Teori-teori ini memainkan peranan penting dalam membantu kita menjadi bakal guru yang lebih memahami cara kanak-kanak berfikir sekaligus melatih kita dalam memainkan peranan dalam merangsang perkembangan kogniti kanak-kanak. 3. 3 2.0 JEAN PIAGET 2.1 Latar belakang Jean Piaget Jean Piaget dilahirkan di Neuchatel iaitu di Switzerland pada Ogos 1896 dan meninggal dunia pada September 1980. Beliau merupakan seorang ahli psikologi kanak-kanak yang terkenal. Beliau mendapat ijazah Ph.D dalam biologi tetapi setelah tamat pengajiannya, lebih berminat kepada psikologi. Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya, beliau mengaplikasi prinsip dan kaedah biologi dalam mengkaji perkembangan manusia. Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur pemikiran manusia (Gardner, 1973). Di usia remajanya beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental.

4. 4 melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak. 2.2 Teori perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah memperkenalkan empat konsep utama untuk menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan skema, penyerapan, pengubahsuaian dan keseimbangan. Jadual : Konsep-konsep Asas Berhubung Dengan Teori Kognitif Piaget Konsep Takrif Skemata Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru. Asimilasi Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada. Akomodasi Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru. Keseimbangan Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Tambahan pula, skema adalah seperti sebuah kabinet menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema.

5. 5 dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema juga adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan mengenggam dan apa sahaja benda yang dimasukkan ke dalam mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan, bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya. Hal ini kerana terdapat satu skema sahaja iaitu menghisap. Namun, terdapat enam sub tahap pada peringkat ini dengan melihat kebolehan berdasarkan umur bayi. Dari lahir hingga satu bulan sub, dikenali sebagai refleks. Pada tahap ini bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan iaitu genggaman dan sebagainya, penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan seterusnya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. Menurut Dr. Nor Hashimah Hashim (2003) dalam buku Panduan Pendidikan Prasekolah, asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.Oleh itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.

Baca Juga : Perkembangan Pergerakan Nasional Indonesia Pada Masa Radikal

Orang yang suka mempertimbangkan pendapat, lebih menggunakan pengolahan secara sentral daripada mereka yang tidak suka akan hal tersebut. Tradisi SibernetikaTeori sibernetika menekankan hubungan timbal balik di antara semua bagian dari sebuah sistem. Ada dua genre teori sibernetika. Pertama, satu kelompok teoi yang berasal dari rubrik penggabungan informasi (informaation integration). Kedua, satu kelompok teori yang dikenal sebagai teori konsistensi (consistency theories). Adapun teri-teori komunikator dalam tradisi sibernetika dapat dikategorikan menjadi: Teori PenggabunganBerpusat pada cara kita mengakumulasi dan mengatur informasi tentang semua orang, objek, situasi dan gagasan yang membentuk sikap atau kecenderungan untuk bertindak dengan cara yang positif atau negatif terhadap sejumlah objek. Model ini bermula dengan konsep kognisi yang digambarkan sebagai sebuah kekuatan sistem interaksi. Terdapat dua variabel, yang mempengaruhi perubahan sikap. Pertama, valence (arahan) dan bobot yang Anda berikan terhadap informasi. Valence mengacu pada apakah informasi mendukung keyakinan Anda atau menyangkal mereka. Ketika informasi mendukung keyakinan Anda, maka informasi tersebut memiliki valence positif.